Sejarah Tarian Zapin
Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh
dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15.
Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan
pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi.
Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.
Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini.
Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4.
Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat.
Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang.
Semasa melakukan gerakan,
kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional
dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola,
Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan
berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan.
Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain
tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing
dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok
tarian pasangan masing-masing.Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi
daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal
dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukangerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan
pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.
Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur,
digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair
lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri
dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan
tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama,ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakandengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali
ragam wainap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan