Jurufoto.Perjalan yang aku harungi amat perit penuh dengan Duka dan kecewa.Bermulanya tahun 2000 tamat sudah aku mengejar impian aku ke menara gading.Tak ingin lagi aku berkepit kesana kemari dengan buku2.Pada masa itu aku menggunakan duit simpanan aku untuk memiliki sebuah kamera film Nikon D65 berharga rm2700.sejak itu aku mula kesana kemari dengan kamera yang aku miliki tampa arah dan tunjuk ajar.Sehingga aku mengikuti kursus asas fotografi.
Pada tahun 2001 aku telah ditugaskan Di Kota kinabalu sabah,Disitulah bermulanya aku mengasah kemahiran aku untuk bermain dengan kamera.kerana di sabah terlalu banyak tempat-tempat menarik.Bagi aku ianya syurga kepada fotografer yang masih baru seperti aku.Boleh Dikatakan hutan laut pulau dan belukar aku menjarah.Boleh dikatakan 70% sabah aku menjarah tempat-tempat terpencil.tempat2 yang banyak kenangan bagi aku ialah Kimanis,Papar,langkawit,kota marudu,kuala penyu,kota kinabalu,putatan,kota belud,sandakan,ranau,kundasang,keningau,tenom,boleh dikatakan tidak terkira oleh tangan aku.ketika aku disabah.aku pula di tukarkan untuk menjaga Pemancar RTM di puncak Gunung Kinabalu.Dari Puncak Gunung Kinabalu aku cuba mendapatkan Shoot yang menarik.almaklumlah kamera film.kena Shoot betul-betul jika tidak rugi filem.bila dihantar di kedai untuk di cuci.semua gambar-gambar amat menakjubkan.sehinggakan pemilik kedai itu menawarkan membayar aku untuk satu keping rm50.pada masa itu nilai untuk sekeping gambar itu sudah terlalu besar.Dari situ aku belajar untuk mencari wang saku dengan menghubungi syarikat pengeluar poskad dan menawarkan contoh-contoh gambar.boleh dikatakan sebulan boleh mencecah rm200-300 sebulan hasil jualan gambar-gambar pemandangan dari puncak kinabalu.Dalam masa yang sama tiada siapa mengenali aku.aku lebih dikenali sebagai street photografer di kalangan kawan-kawan aku.sebabnya setiap hari minggu ada sahaja pelawat dari luar negara datang ke taman kinabalu.Dan disitu juga wang saku aku penuh setiap minggu.Hidup memang Mewah.Tetapi Dr M pernah Berkata,Melayu Mudah Lupa.Oleh Sebab kealpaan aku.aku menjadi malas untuk meneruskan seni ini.aku hanya buat bila aku kesempitan wang sahaja.
Pada tanggal 2005 aku menerima surat penugasan aku.Aku akan dihantar kembali kesemenanjung.Dengan kerisauan yang amat sangat.Aku tahu peluang ini tidak akan kembali lagi.aku terpaksa akur.sebelum aku pulang ke semenanjung.aku sempat menjualkan Motor aku.dari duit itulah aku dapat memiliki sebuah kamera Canon.
Bila aku berada Di semenanjung.seolah tiada apa yang aku boleh buat.seolah-olah di semenanjung tiada tempat untuk jurufoto.tiada pasaran.Aku cuba menyembunyikan diri aku sebenar dari kawan-kawan.aku sudah putus asa untuk menjadi seorang jurufoto.Semakin lama,semakin rindu aku kepada kamera aku.Bila melihat kawan2 bergambar.aku rasa tercabar.sehinggalah 2006 kamera aku hilang dari simpanan.Semenja itu aku Bertekad Untuk tidak menjadi Jurufoto lagi.Hanya Gambar peribadi sahaja akan aku ambil untuk diri sendiri.
Pada 2009 aku sudah memiliki kamera D60.pada masa itu.aku beli dengan harga Rm3000.sewaktu sebuah tadika membuat majlis penyampaian hadiah aku ada juga mengambil gambar.apa bila aku mengupload Pic aku..aku sudah nampak kekurangan dalam diri aku.kerana terlalu lama meninggalkan seni ini.aku seolah tiada upaya.tiada yang menarik dengan foto-foto aku.aku tahu aku sudah hilang kemahiran.Munkin allah taala itu maha kaya.maha menyanyangi.Dalam Masa yang sama Muncul Seorang hamba Allah yang memberi Dorongan.Bermati-matian mengajak aku untuk meneruskan kembali ke arena fotografi ini.
Pada Penghujung 2009 Dengan Berat kaki Aku Mengikut hamba Allah ini Untuk membuat Street Shoot di padang kota lama.aku kagum dengan hamba allah ini.dari grik turun ke penang semata-mata untuk mengajak aku mengambil gambar sahaja.Untuk tidak menghampakan beliau aku semakin lama apa yang hilang dalam diri aku kembali pulih sedikit demi sedikit.Atas kepercayaan yang beliau berikan pada aku..aku teruskan sehingga sekarang.aku amat kagum dengan kesungguhan beliau.walaupon aku sudah berputus asa.tapi beliau bermatian menyuruh aku kembali ke arena ini.sehingga sekarang kejayaan..penghormatan kembali kembali pada aku.semangat aku kembali pulih sedikit demi sedikit oleh kekecewaan masa lalu.hamba allah yang aku maksudkan ialah Azlan Yusuf yang banyak membantu.Selepas tu aku mendapat kawan yang tk lokek ilmu dan pengalaman .seperti Fadzil Aizam,Mustamin,Saiful,Elios...mereka menjadi penyuluh laluan aku ..membina jambatan untuk aku lalui.
2010 tahun aku rasakan semangat aku kembali pulih dengan menyertai beberapa pertandingan.Ada Juga menerima Jemputan Gabungan 4 negara malaysia,singapore,indonesia & brunei.Nampanya Hasil Seni Aku masih mendapat tempat Di hati Insan yang menceburi bidang ini.inilah yang dinamakan kalah tak semestinya kalah selamanya.Sejak Dari itu aku menyembunyikan wajah aku.dengan mengunakan man@photostudio aku jarang mendedahkan wajah aku sebenar.Aku tidak mahu Org melihat wajah Kekalahan Aku dahulu.Tapi aku mahu Mereka tertanya-tanya siapa aku.Sekarang Ini aku cuba mencari tempat di kalangan Peminat-peminat seni ini.
Diharap Kejayaan akan sentiasa didalam gemgaman.tidak munkin ianya akan berulang kembali.
Hadiah saguhati daripada Majalah PhotoYou...ogos 2011
Pertandingan PapaRazi Contest 2010
Sijil Penghargaan Sewaktu Penjejakan
Kubu Jepun Bersama Jurufoto amathur
brunei,singapore,indonesia & malaysia
time ni aku sorang ja dari malaysia.
Sijil Ini amat bermakna Untuk aku