Isnin, 19 September 2011

Outin Bukit Larut Pada 18 September 2011


Alhamdulilah Selesai sudah aktiviti Outing Bukit Larut kami pada 18 september 2011 yang lepas.Outing kali ini desertai oleh 9 orang yang terdiri daripada Mohd Fadzil , Raihana , Iema Kamarina , Abd Aziz , Mohd Syamil , Farah Farhana dan dua orang ahli baru kami iaitu Shahminan Shahrom & Zuraida.Walaupon mengalami sedikit Kelewatan kerana hujan Lebat.Kami berjaya juga sampai Di puncak Bukit Larut Pada Jam 9:30 pagi (Waktu Malaysia) .Dalam perjalanan kami ini sentiasa Kecoh Dengan Suara Iema Kamarina.Di awal pendakian kami dengan mengunakan Land Rover suara Iema tk henti2 Bercakap.Selang 5 minit perjalanan Semua terdiam.Bukan apa.semua masing Mabuk kerana Jalan yang bengkang bengkok dan terlalu mencabar.Pejalanan Untuk sampai Ke puncak memakan masa lebih dari 1 jam.Saya & Mohd Fadzil Aizam Memang sudah merancang untuk membuat aktiviti2 yang mencabar kepada mereka2 yang ingin mempelajari seni fotografi ini.Kerana Untuk Mencipta seni ini anda memerlukan segalanya termasuk Kekuatan akal dan Fizikal.Supaya dalam apa keadaan sekalipon kita tetap boleh menghasilkan yang terbaik.Dan jadilah yang terbaik dari pada yang terbaik.

Semua gambar aktiviti semasa outing di Bukit Larut Boleh di lihat pada Halaman "Aktiviti"