Khamis, 13 Jun 2013

Di Mana Bumi Di Pijak Di Situlah Kami Berbakti

 Alhamdulilah pada 12 june 2013 rabu kami anggota malbatt 5 (Gabungan Brunei & Malaysia) telah menganjurkan aktiviti Medical Care. di Marakah.Anggota Medil Malbatt 5 terdiri dari anggota dari Brunei dan Malaysia.Sekali lagi Saya diberi Peluang untuk menyertai aktiviti ini dan sempat merakamkan keadaan sebenar di sini, Walaupun keselamatan kami di utamakan tetapi kami semua dahulukan dengan memberi bantuan perubatan kepada penduduk kampung disini.Kita rakyat malaysia harus bersyukur kerna di Malaysia kita mempunyai kemudahan perubatan yang terbaik.kelengkapan yang sempurna.Di bumi Ambia ini ,rawatan perubatan telalu tinggi Kos pebelanjaan sehingga hanya yang mampu sahaja boleh mendapatkan rawatan.Sambutan yang kami terima alhamdulilah.amatlah menggalakkan.
 CPL Kamariah dan SJN Tuty Wanna ( Brunei) sedang melayan pesakit2
 Kusyuk mendengar Penerangan dari mereka
 Doctor dari Malbat

 Walau penat ..Senyuman Puas jelas terukir
 Kapt Dr Faizal (malaysia)
Merah Muka Cpl Kamariah (Brunei) Di Bakar panas terik di bumi Arab


Ahad, 9 Jun 2013

SURABAYA AKU DATANG LAGI KEPADAMU


SURABAYA INDONESIA



Alhamdulilah ketika aku bercuti pulang ke malaysia sempat juga aku melawat tempat yang penuh kenangan bagi aku.tempat ini bagaikan mengimbau kenangan lalu dan mengajar aku erti kehidupan sebenar. tanggal 14 mei 2013 aku menaiki pesawat ke Surabaya.lebih kurang jam 430petang aku tiba di air port juanda.aku di sambut oleh teman baik aku dan Pak Cik Khosim selaku pemandu aku ketika aku berada disini.aku sempat shoot beberapa permandangan menarik ketika aku disana.Disana aku di bawa ke tempat barangan kulit,di bawa menjamu selera.di bawa pusing kota surabaya.ianya mampu membuat air mata aku mengalir kerana Surabaya adalah tempat yang mengajar aku erti kasih sayang suatu tika dahulu..



   Permandangan waktu malam di jalanraya menuju ke
 tempat barangan kulit..

 Dompet dari kulit sapi asli yang sempat aku borong
untuk di bawa pulang


Pelbagai barangan yang menarik perhatian
dan boleh dibeli dengan harga yang sangat
murah 


 Selepas shopping macam biasalah..bayarlah
takdernya nak dapat free


 Sempat membeli barang2 ke kedai makanan segera..
macam2 makanan segera yang kita tk pernah lihat ada disini

 Menjamu selera di warung
disini aku di sediakan dengan makanan seperti 
asam manis kepiting (ketam) Cumi-Cumi (sotong)
harga yang amat murah.warung adalah pilihan aku kerana rasa asli
makanan itu




Suasana gerai2 makan berhampiran kawasan stadion (gelanggang olah raga) sidoarjo