Selasa, 1 Oktober 2013

Lagenda Pulau langkawi negeri Kedah

Legenda -Gunung Mat Cincang !


Gunung mat cincang adalah satu gunung yang terletak berhampiran dengan Pulau lagenda Langkawi....kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan Thailand. 

 

Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini di namakan sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah dicincang-cincang. 

Pada pengamatan saya pula gunung ini adalah serupa dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor iaitu Pulau Tioman(salah satu daripada 7 pulau yang tercantik di dunia.

Ia ada kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang melayu beragama hindu pada masa dahulu. Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar daripada manusia kepada seekor naga. 

Pada masa dahulu ada 5 orang yang menuntut ilmu tersebut.Salah seorang ialah yang terletak di kawasan ini iaitu Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu saudara-saudara seperguruan yang lain. 
Ia telah lebih awal keluar dari pertapaan menunjukkan kekuatan dirinya.

Kepergiannya dari kawasan pertapaan yang terletak di Indonesia itu dengan tujuan berlawan dengan salah satu saudaranya yang bertapa di Siam. 

Tiba di kawasan langkawi dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih ...diikuti dengan halilintar telah menggangu keharmonian kehidupan disekitar Pulau Langkawi. 

Pada masa itu Pulau Langkawi adalah dijagai oleh oleh 7 pahlawan dari tujuh benua....semuanya adalah para wali allah...telah menyekat kemaraan sang mat cincang dengan sang siam dari berlawan...

Dengan menggunakan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah itu maka berhentilah pergerakkan kedua-dua naga tersebut daripada berlawan...kalau diperhatikan kepala gunung mat cincang dengan kepala sang siam ia seakan-akan bertemu...cuma perbezaan fizikalnya sahaja yang berbeza.

Sang Siam bentuknya adalah lebih kecil berbanding dengan sang Mat cincang. 

Kalau diikutkan cerita ini ...orang-orang melayu memang mempunyai kekuatan yang tersendiri...bagi menubuhkan sebuah negeri.

Naga adalah kepercayaan orang-orang cina dan oarang-orang jepun...pada hal asal usul naga ini adalah terletak di tanah melayu...kalau lah kita boleh melihat ia semasa dia bergerak alangkah takutnya kita...sebesar itu seekor naga...dengan mengeluarkan api dari mulutnya yang boleh memusnahkan alam sekitar yang diduduki oleh manusia sekitar.

Walaubagimanapun roh mereka itu telah dikeluarkan...dan menjadi manusia biasa dan telah di islamkan...mereka sekarang adalah manusia biasa yang berpegang kepada ajaran islam....siapa mereka saya tidak tahu...tapi hiduplah mereka pada masa sekarang menjalankan kehidupan seperti manusia biasa....Tanda mereka keluar bersama-sama dengan 6 pahlawan islam ''...di saksikan oleh saya dan beberapa rakan saya ....siapa yang menjalankan kerja ini adalah satu rahsia dalam perjalanan hidup saya...seorang hamba allah.

Banjir besar yang berlaku di negeri Kedah pada tahun 2007 adalah tanda mereka keluar bersama-sama hikmat ilmu yang dipegangnya...auzubilahiminazait....alam juga bergoncang dengan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah ini...tinggalah jasad si mat cincang yang ada pada masa sekarang di kenali sebagai Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi...satu kereta kabel telah diletakkan di tengah-tengah badan nya bagi pelancong melihat sekitar Pulau Langkawi...ia juga telah di isytiharkan sebagai geo park... 

Jasad Sang Mat Cincang di tinggalkan menjadi satu lagenda di dalam kehidupan pada masa akan datang..