Sabtu, 3 September 2011

Air Mata Di Pagi Shawal

Dipagi Shawal yang sunyi..begema suara takbir 1 shawal..aku bangun persiapkan diri..dengan linangan air mata yang sebak..tampa sepatah bicara..aku menghulurkan tanganku memohon ampun dan doa restu dari bonda tercinta.Dengan linangan air mata..aku berjalan untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.Walaupun Tahun ini amat menggembirakan aku.Tapi linangan air mata aku tidak mampu ku tahan.
Selesai sahaja Solat..aku bergegas pulang kerumah dengan hati yang sedikit tenteram..aku cakapi apa sahaja peralatan.Bertemankan anak-anak aku "Putera & "Puteri" dan anak2 saudara aku, aku terus memandu terus menuju kepusara.Apabila sampai sahaja di pagar Kawasan Pusara air mata ini sudah tidak mampu untuk ditahan bah kan dari jauh Terpandang Nesan Berbatu Mar-mar Hitam kearah dua pusara dihadapan aku.Itulah Pusara Kedanda & ayahdaku yang aku sayang.Permergianya banyak meninggalkan keinsafan dalam diriku.
Masih aku ingat dahulu.Akulah anak Emas yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahda tersayang.Apa sahaja kehendaku pasti akan dipenuhi.Mintalah apa sahaja pastinya akan dipenuhinya.kata2 terakhir aku ingat terpancul dari mulutnya seminggu sebelum pemergiannya,ketika aku bersamanya sedang membaiki reban ayam " Ayah dah nak pegi..hampa semua belajaQ la elok2..ada rezeki lebih, jaga mak elok2" itu yang aku masih ingat sampai hari ini..arwah meminta kami semua belajar berdikari...sehinggkan anak2 ku Putera & Puteri selepas saja membaca al-fatihah terus memeluk batu nesan Arwah ayahdaku sambil berkata "adik sayang Tok wan" Jika arwah ayahdaku masih ada pasti dia akan tersenyum gembira melihat zuriatku dari keturunanya masih menghargainya.
Buat Kekandaku Yang pulang Keramatullah Pada november 2009.Aku juga masih mengingatti kata2 terakhirnya.."aku nak tengok hang senang.Aku nak hang pakai kereta elok sikit,buleh bawa aku jalan2 pusing kampung" Alhamdulilah segala permintaanya sempat aku tunaikan.Hanya 3 hari selepas aku tunaikan.Aku menerima panggilan dari abag iparku..Kekandaku telah pergi untuk selamanya..Sekarang aku hanya menumpukan Perhatian pada Keluarga aku dan Juga Bondaku.Dipagi Syahwal yang mulia ini tersentak hati aku Melihat Bondaku Menghadiahkan Sepasang Anting-anting pusaka pemberian Arwah Ayahdaku kepada Bonda dahulu untuk Dipakai oleh Puteriku.Aku terkedu tk mampu berkata apa2..Bondaku mahu Puteriku Mewarisi Kesetiaan,kasih sayang & kejujuran yang ada padanya kepada puteri kecilku.Tapi memang betul Sejak Permergian Ayahda tersayang..Bonda telah menutup hatinya.Kerana kasihsayang pada arwah ayahdaku masih menebal.Itulah yang aku namakan CInta agung.Harapanku agar Puteriku Mewarisinya seperti Bondaku.Disini marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah pada Arwah Ayahdaku (Ahmad Bin Khamis / 1985) & arwah kekandaku (Sa`adon bin Ahmad / 2009) alfatihah..! Di kesempatan ini Aku dan juga seluruh Street Photographer` Team mengucapkan selamat hari raya maaf Zahir dan batin pada semua pelayar2 blog ini