Rabu, 27 Mac 2013

Negeri Kedah Darul Aman , Malaysia


NEGERI KEDAH DARUL AMAN


Alhamdulilah akhirnya sampai masanya untuk saya memperkenalkan negeri kelahiran saya, Negeri KEDAH darul Aman. Walaupon saya dilahirkan Di negeri Pelis Indera Kayangan tapi saya dibesarkan Di Negeri Kedah,Di suatu pekan iaitu Changloon.Kenara pekan itu sekarang ini susah maju.Alhamdulilah Kerana aku Diberi Kesempatan Untuk Melihat Kemajuan Pekan dan kampungku Membangun
 Negeri KEdah Sudah Tidak Asing lagi Dengan Nama Gelaran "Jelapang Padi"
ini kerana Negeri Ini menjadi Pengeluar Beras padi Yang terbesar Di Malaysia
Keindahan dan tempat Menarik seperti Masjid Negeri, Gunung Kriang,Gunung Jerai,Menara Alor Setar dan Pulau Langkawi Memang sinonim Dengan Negeri kedah.Perjalanan Kita Tidak Akan Lengkap tampa mengunjungi Tempat2 Ini



Sejarah Awal Kedah

Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia
adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini.
 Dipandang dari sudut prasejarah,
sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan
 yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan
 dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya,
 Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana
 kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan Negeri China di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas,
kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri
 yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan
perkembangan sejarah yang dilaluinya.
 Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas
dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui
oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri
 iaitu sejak masa Sri Mara Vijayatunggavarman berdasarkan
 pahatan pada Larger Layden Plates sampai pada masa
 Sri Sangrama Vijayatunggavarman yang kemudian ditawan
oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.[1]
Mengikut Hikayat Merong MahaWangsa,
negeri Kedah telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa
dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan