Tanggal 2 Mei Adalah tanggal yang bersejarah bagi kami anggota2 MALBATT5 kerana tanggal ini aku dan teman2 telah di anugerahkan pingat UNIFIL sebagai menghargai jasa kami selama 6 bulan bertugas disini.Inilah pengorbanan kami yang kami anggap berbaloi kerana penat lelah kami telahpun di iktiraf di peringkat dunia.alhamdulilah doa serta iringan air mata kami dahulu terbalas.keselamatan kami nyawa dan jiwa yang kami pertaruhkan sudahpun mendapat pengiktirafan dan dipuji.
Khamis, 2 Mei 2013
Children Spring Festival
Children Spring Festival 28 April 2013 In Lubanon
Pada 28 April 2013 yang lepas berlansungnya acara Children Spring Festival.Acara tahunan ini adalah bagi meraikan Anak2 yatim di sekolah ini.seluruh negara yang bernaung di bawah UNIFIL bergabung bagi meraikan majlis yang penuh meriah ini.Dengan peluang yang ada Pasukan MALBATT 5 ( Malaysian Battalion 5) tidak melepaskan peluang untuk membuat persembahan tarian Zapin yang amat terkenal di Negeri Johor.Di sini Jalinan Persahabatan antara Malaysia dan Negara2 terutama Dari Indonesia Amatlah baik.Saya sempat juga Bertemu Teman2 Dari INDOBATT (Idonesia Battalion) dan sama2 meluangkan masa untuk bersama anak2 Yatim ini.Di Sini penerimaan Kami amatlah baik sekali.Beliau yang sudi Melayan karenah Anak2 Yatim dan membenarkan saya merakamkan Foto Untuk Blog ini.
Anggota2 malbat sedang membuat persiapan dan ada juga yang melayan karenah anak2 yatim disini.
(Foto2 Boleh di lihat di ruangan BUMI LUBNAN)
Selasa, 2 April 2013
Folklore East Java - Damar Wulan
Folklore East Java - Damar Wulan
Damar Wulan (Damarwulan) is a legendary figure from Javanese folklore .
Acts Damar Wulan story is quite popular in the community and there are
many versions of the play, the staging puppet or written stories that have
been made about it. Generally, these stories are based Damarwulan fiber,
which is expected to begin to be written at the end of the collapse of
the Majapahit kingdom.
Told Damar Wulan initially served as a craftsman
lawn to duke Loh Gender of Majapahit. Because the resin
quarterly intelligence, Damar Wulan was appointed as a
servant mainstay Patih Loh Gender, and the duke had a
daughter named Anjasmara daughter who later falls in love with his good looks .. resin quarterly Once Damar Wulan mandated task of Majapahit king's daughter,
the Queen Kencana Wungu ,
to disguise in order to beat Menak Jinggo Blambangan ruler intends
to rebel against the kingdom of Majapahit. Damar Wulan are looking to
attract the attention of the concubines Menak Jinggo, namely Waeta and Puyengan .
With their help, Damar Wulan managed to
bludgeon Wesi Yellow magic weapon possession Menak Jinggo.
Menak Jinggo later defeated and Damar Wulan a hero.
He brought the two concubines, and eventually marry the daughter
of the king of Majapahit.
Jumaat, 29 Mac 2013
Tarian Indang Minangkabau dari Sumatera Barat
Tarian Indang
Tarian Endang..ialah sebuah tarian Minangkabau yang berasal Sumatra Barat.ianya yang kini menjadi tarian rakyat Negeri Sembilan di malaysia.ini kerana negeri sembilan yang amat terkenal dengan Minangkabaunya..
Pada 8 march lalu pada hari Women's Day Saya mendapat kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana Tarian Endang Dipersembahkan Oleh anggota2 dari INDOBATT yang bertugas di bawah UNIFILL Lubanon.
Susunan tarian yang begitu unik yang memukau para
hadirin yang hadir.Begitu terpegun dengan muzik yang mengiringi persembahan mereka
Lenguh pinggang sudah pasti kalau begini
Nicky dengan gaya sendiri mengeluarkan Aura di tangan...
Pusing Kiri..Pusing Kanan...
Teman2 dari INDONESIA
Anggar dengan gayanya yang tersendiri..munkin penat...
senyum khas wanita nusantara
Aksi tarian dengan pantas...
,,,,INDOBATT,,,,
Tarian Zapin ,Johore Bharu.. Malaysia
Sejarah Tarian Zapin
Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh
dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15.
Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan
pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi.
Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana.
Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini.
Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.
Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4.
Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat.
Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang.
Semasa melakukan gerakan,
kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.
Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional
dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola,
Marwas dan Gambus.
Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan
berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan.
Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain
tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.
Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing
dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok
tarian pasangan masing-masing.Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi
daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal
dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukangerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan
pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.
khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab.
Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur,
digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair
lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri
dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan
tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama,ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakandengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali
ragam wainap.
Tarian Piring Sumatra Barat
Tarian Piring
.
(Dilencongkan dari Tarian Endang)
Tarian Piring di Bukit Tinggi, Sumatera Barat
Pijak piring pecah dalam Tarian Piring
Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah
seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatra Barat.
Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau.Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai
gerakan para petani semasa bercucuk tanam,
membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka.Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang.
Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara ataupun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut.Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini,
penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut
dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah
dan tajam itu dipijak sambil menarik.
Tarian Piring di Malaysia
Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama
bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung.
Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban,
Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu.
Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap.
Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini
mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan
untuk persembahan tarian ini.
Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah.
Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan
tarian piring. Namun begitu,
segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran
kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan.
Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.
Tarian Wira Pertiwi ( Dance Entrepreneurial Pertiwi)
Dance Entrepreneurial Pertiwi
This dance is a new creation Bagong Kussudiardjo creation depicting heroic figure of a warrior princess Java. Decisiveness, agility and strength
of a warrior depicted in dynamic motion.
Tari Wira Pertiwi
Tarian ini merupakan kreasi baru ciptaan Bagong Kussudiardjo yang menggambarkan sosok kepahlawanan seorang prajurit putri Jawa. Ketegasan, ketangkasan dan ketangguhan
seorang prajurit tergambar dalam gerak yang dinamis
Langgan:
Catatan (Atom)










