Rabu, 28 September 2011
Majlis Hari Raya Kelab Gymnasium Rakyat S.P.U
24 september 2011. Selepas shoot staff Party Sunway Hotel.hari sabtunya pula aku terlibat untuk satu majlis Hari Raya Anjura Kelab Gymnasium Rakyat Seberang Perai Utara (S.P.U) pula.Dengan Keadaan yang kurang bermaya aku tetap Shoot.Rezeki Jangan Ditolak.Aku kuatkan Kudrat untuk shoot juga.Anak2 didik aku dah keletihan untuk membantu,jadi terpaksalah aku shoot sorang2.Majlis tamat 12mlm.bila balik aku terus tido sampai puas,Sebab esoknya aku perlu Begerak Ke Air Tawar di Daerah Manjung.Dalam mata Kuyu2...sampai juga aku untuk menguruskan kerja aku.Bila siap kerja ni aku akan Puas.Nampaknya rezeki semakin melimpah.Tapi aku tidak sesekali akan lupa asal Usul aku.Setiap langkah aku melangkah sudah pastinya STREETS PHOTOGRAHER`TEAM akan aku bawa mengiringi aku.Kerana Aku akan terus berkarya selagi aku termampu dan aku akan terus menjadi jurugambar seabadinya....
MARDY GRASH SUNWAY HOTEL GOEGERTOWN
23 September 2011 Anak2 didik Aku telah menimba pengalaman yang amat berharga untuk merasai suasana sebenar ketika dalam majlis rasmi.Selama ini pendedahan dan tunjuk ajar yang aku berikan telah di praktikan dan di gunapakai semasa majlis ini.Aku sendiri Berpuas hati dengan hasil yang di tunjukan mereka.Kerana mereka tidak lupa apa yang telah aku ajar mereka selama ini.Mereka ini telah di pilih secara rawak untuk merasai suasana sebenar.Mereka terdiri dari Boyer@photo (senior) , Raihana@photo , Iema@kamarina , Abd Aziz
Pada Gm & HR Hotel Sunway Goegertown Ribuan terima kasih kepada Kwan min minh , Zureen , Livia Richard , Kirti Sharma & staf yang terlibat kerana masih memberi kepercayaan kepada aku dan STREET PHOTOGRAPHER` TEAM untuk menlaksanakan tugas ini.Ini bukanlah kali pertama aku bersama Sunway Hotel. ini adalah tahun Kedua anda Warga Sunway Hotel Goegertown memilih aku bersama Team aku yang baru ditubuhkan.Dengan ini kami menepis segala tomahan dan sindiran dari sesetengah pihak yang banyak membakar semangat kami.Alhamdulilah Kami sentiasa akan melangkah dan terus melangkah.Aku disini akan berganding tangan bersama Team ini untuk melangkah Sehingga tiba penghujung Seni kami...
(gambar2 boleh di lihat di ruangan aktiviti)
Pada Gm & HR Hotel Sunway Goegertown Ribuan terima kasih kepada Kwan min minh , Zureen , Livia Richard , Kirti Sharma & staf yang terlibat kerana masih memberi kepercayaan kepada aku dan STREET PHOTOGRAPHER` TEAM untuk menlaksanakan tugas ini.Ini bukanlah kali pertama aku bersama Sunway Hotel. ini adalah tahun Kedua anda Warga Sunway Hotel Goegertown memilih aku bersama Team aku yang baru ditubuhkan.Dengan ini kami menepis segala tomahan dan sindiran dari sesetengah pihak yang banyak membakar semangat kami.Alhamdulilah Kami sentiasa akan melangkah dan terus melangkah.Aku disini akan berganding tangan bersama Team ini untuk melangkah Sehingga tiba penghujung Seni kami...
(gambar2 boleh di lihat di ruangan aktiviti)
Isnin, 19 September 2011
Outin Bukit Larut Pada 18 September 2011
Alhamdulilah Selesai sudah aktiviti Outing Bukit Larut kami pada 18 september 2011 yang lepas.Outing kali ini desertai oleh 9 orang yang terdiri daripada Mohd Fadzil , Raihana , Iema Kamarina , Abd Aziz , Mohd Syamil , Farah Farhana dan dua orang ahli baru kami iaitu Shahminan Shahrom & Zuraida.Walaupon mengalami sedikit Kelewatan kerana hujan Lebat.Kami berjaya juga sampai Di puncak Bukit Larut Pada Jam 9:30 pagi (Waktu Malaysia) .Dalam perjalanan kami ini sentiasa Kecoh Dengan Suara Iema Kamarina.Di awal pendakian kami dengan mengunakan Land Rover suara Iema tk henti2 Bercakap.Selang 5 minit perjalanan Semua terdiam.Bukan apa.semua masing Mabuk kerana Jalan yang bengkang bengkok dan terlalu mencabar.Pejalanan Untuk sampai Ke puncak memakan masa lebih dari 1 jam.Saya & Mohd Fadzil Aizam Memang sudah merancang untuk membuat aktiviti2 yang mencabar kepada mereka2 yang ingin mempelajari seni fotografi ini.Kerana Untuk Mencipta seni ini anda memerlukan segalanya termasuk Kekuatan akal dan Fizikal.Supaya dalam apa keadaan sekalipon kita tetap boleh menghasilkan yang terbaik.Dan jadilah yang terbaik dari pada yang terbaik.
Semua gambar aktiviti semasa outing di Bukit Larut Boleh di lihat pada Halaman "Aktiviti"
Rabu, 14 September 2011
Sesi Memberi Tunjuk Ajar Pada Crew2 Street Photographer Team.
Alhamdulilah Sesi Memberi tuisyen Pada crew2 Street Photografer` Team pada 13/9/2011 berjalan lancar.Tuisyen kali ini banyak memberi Pendedahan Kepada Mereka tentang Setting Camera,Bacaan cuaca,Shutter Speed dan cara membina angle.Masing2 dapat menerima tanpa sebarang masalah.Sesi Tuisyen kali ini bermula seawal jam 6petang dan berakhir jam 730ptg.Walau dalam keadaan Berjerubu.tapi bagi seorang jurufoto ianya bukanlah satu masaalah.Ini dapat memberi pendedahan dalam keadaan sebenar bagaimana untuk mengawal peralatan untuk menghasilkan sebuah foto yang menarik.Pada jam 8 malam pula mereka didedahkan dengan cara2 Editing.Editing kali ini adalah bagi memperbaiki foto2 yang di anggap rosak supaya ianya boleh di gunapakai kembali.Pada crew2 street Photographer saya berbanga kerana anda semua menumpukan sepenuh perhatian & kemahiran anda sudah semakin meningkat.Potensi anda untuk menjadi baik dari yang terbaik amat jelas.Teruskan usaha anda.
crew2 yang yang menyertai Tuisyen semalam ialah Raihana , Iema Kamarina ,Play Boyer ,Apit & Mohd Shazwan. Foto2 semasa tuisyen boleh di lihat di ruangan Aktiviti kami.
Selasa, 6 September 2011
Episod Seram Selepas Ramadhan
Asalamualaikom Berjumpa lagi kita selepas penat Menyambut Ramdhan pada tahun ni.Pertama sekali yang kita tahu..Poket semakin susut..sanak saudara dah masing2 pulang ke kampung...kita pon sambunglah dengan rutin kerja kita seharian.Tp kan..masih ada lagi majlis rumah terbuka.Saya pon tk ketinggalan dijemput..TIme rumah terbuka hari tu telah dianjurkan oleh Puteh Mutiara di Bandar Bharu..kami apa lagi la serbu..lepas makan.malam tu terfikir nak create satu suasana seram...so dapat la shoot....tapi sesekali tgk menarik gak..pada yang hadir malam tu semua ahli2 & admin Street photographer` Team terdiri dari Korie Tai long, Cik Lea , Play Boya, Abd Aziz , Mohd Shamil, Iema kamarina , raihana & saya sendiri.hehe puteh mutiara memang tk pegi la..sebab umah dia...apa2 pon team ni sentiasa happy..seronok..dan malam tu dapat saya luangkan masa 2 jam lebih untuk memberi sedikit tips mencipta suasana Seram..pada yang berminat untuk menyertai team ini..kami akan menganjurkan outing pada 18 sept nanti..tunggulah kami akan umumkan..apa2 pon pada semua pelayar ...harap anda semua begembiraaa..............
Sabtu, 3 September 2011
Air Mata Di Pagi Shawal
Selesai sahaja Solat..aku bergegas pulang kerumah dengan hati yang sedikit tenteram..aku cakapi apa sahaja peralatan.Bertemankan anak-anak aku "Putera & "Puteri" dan anak2 saudara aku, aku terus memandu terus menuju kepusara.Apabila sampai sahaja di pagar Kawasan Pusara air mata ini sudah tidak mampu untuk ditahan bah kan dari jauh Terpandang Nesan Berbatu Mar-mar Hitam kearah dua pusara dihadapan aku.Itulah Pusara Kedanda & ayahdaku yang aku sayang.Permergianya banyak meninggalkan keinsafan dalam diriku.
Masih aku ingat dahulu.Akulah anak Emas yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahda tersayang.Apa sahaja kehendaku pasti akan dipenuhi.Mintalah apa sahaja pastinya akan dipenuhinya.kata2 terakhir aku ingat terpancul dari mulutnya seminggu sebelum pemergiannya,ketika aku bersamanya sedang membaiki reban ayam " Ayah dah nak pegi..hampa semua belajaQ la elok2..ada rezeki lebih, jaga mak elok2" itu yang aku masih ingat sampai hari ini..arwah meminta kami semua belajar berdikari...sehinggkan anak2 ku Putera & Puteri selepas saja membaca al-fatihah terus memeluk batu nesan Arwah ayahdaku sambil berkata "adik sayang Tok wan" Jika arwah ayahdaku masih ada pasti dia akan tersenyum gembira melihat zuriatku dari keturunanya masih menghargainya.
Buat Kekandaku Yang pulang Keramatullah Pada november 2009.Aku juga masih mengingatti kata2 terakhirnya.."aku nak tengok hang senang.Aku nak hang pakai kereta elok sikit,buleh bawa aku jalan2 pusing kampung" Alhamdulilah segala permintaanya sempat aku tunaikan.Hanya 3 hari selepas aku tunaikan.Aku menerima panggilan dari abag iparku..Kekandaku telah pergi untuk selamanya..Sekarang aku hanya menumpukan Perhatian pada Keluarga aku dan Juga Bondaku.Dipagi Syahwal yang mulia ini tersentak hati aku Melihat Bondaku Menghadiahkan Sepasang Anting-anting pusaka pemberian Arwah Ayahdaku kepada Bonda dahulu untuk Dipakai oleh Puteriku.Aku terkedu tk mampu berkata apa2..Bondaku mahu Puteriku Mewarisi Kesetiaan,kasih sayang & kejujuran yang ada padanya kepada puteri kecilku.Tapi memang betul Sejak Permergian Ayahda tersayang..Bonda telah menutup hatinya.Kerana kasihsayang pada arwah ayahdaku masih menebal.Itulah yang aku namakan CInta agung.Harapanku agar Puteriku Mewarisinya seperti Bondaku.Disini marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah pada Arwah Ayahdaku (Ahmad Bin Khamis / 1985) & arwah kekandaku (Sa`adon bin Ahmad / 2009) alfatihah..! Di kesempatan ini Aku dan juga seluruh Street Photographer` Team mengucapkan selamat hari raya maaf Zahir dan batin pada semua pelayar2 blog ini
Langgan:
Catatan (Atom)


