Khamis, 30 Januari 2014

Jasaku yang ku tabur Hampir Sampai Di Penghujung



 1996 jun tarikh keramat aku memulakan latihan,pelbagai cabaran aku tempuhi bagi menjadi seorang anggota tentera sebelum selayaknya di gelar tentera. Pelajaran demi pelajaran dan pengalaman aku lalui termasuklah perit lelah aku lalui penuh dengan linangan air mata.Kini aku mula terasa shadu untuk aku menanggalkan seragam hijau ini...hanya seorang manusia yang berani menggadaikan nyawanya untuk agama bangsa dan negara dan hati yang cekal sahaja bisa menyahut cabaran ini.Hari demi hari..masa semakin belalu untuk menjadi seorang awam seperti kebanyakan.Pengalaman aku boleh tak terkata.aku juga pernah bertugas bersama tentera dari BRUNEI ABB (ANGKATAN BERSENJATA BRUNEI) , TNI (TENTERA NASIONAL INDONESIA) AUSTRALIA ..Aku juga pernah bertugas di bawah misi pengaman UNIFILL (PEACE KEEPING IN LUBANON) ..kini aku hanya menumpukan pada perniagaan dan kerjaya aku.untuk teruskan hidup ini.Moga allah sentiasa memberkati aku..biarlah saat2 manis aku bersama ATM (ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ) menjadi kenangan aku..sekarang aku hanya menunggu masa berdetik dengan sendirinya..pada semua doakan aku dan kejayaan bila aku kembali menjadi rakyat kebanyakkan...amin,,




Selasa, 31 Disember 2013

Surabaya  DEC 2013

DECEMBER 2013.setiap tahun aku pastinya tidak akan melepaskan peluang aku ke Surabaya.Sebenarnya aku suka bangat sama Kota Surabaya Yang menyimpan Ilham Untuk aku Adaptasikan disini.Baru2 ini aku sempat melawat perkampungan batik..Kota Majapahit..Waduh kok senang sekali bagi aku mempelajari sejarah Nusantara ini.Hubungan Aku bersama Penduduk Sini amat rapat..bisa berkomunikasi dimana sahaja ..ngak ketinggalan ada yang membawa aku jalan2.membeli belah dah ke majlis kenduri..bagi aku Surabaya tempat menenagkan fikiran kerna aku bisa mengenang saat2 silam zaman kanak2 aku dahulu...Surabaya tunggulah kedatangan aku di 2014 nanti iyaaa k...

DEC 2013



Alhamdulilah selesai juga Job wedding akhir tahun 2013..ucapan selamat tinggal 2013..menyusul ucapan selamat datang 2014.Bersyukur aku kehadrat ilahi kerna masih bernafas bagi meneruskan perjuangan aku memartabatkan seni fotografi ini.Insyaalah tahun ini banyak lagi akan aku pelajari dari pengalaman aku selama dalam tahun 2013.pada semua doakan aku semoga berjaya memartabatkan seni fotografi ini dan kejayaan2 lain menyusul..aminnn

Ahad, 20 Oktober 2013

Sepetang Di Sempadan Israel & Syria

20 Oct 2013, bertempat di kawkaba camp labenon. aku membuat tugas sementara di sebuah Camp tentera yang banyak sejarahnya.Camp ini pernah diduduki oleh tentera malaysia Malcon, dan  Malcoy.sewaktu meninjau keadaan sekeliling aku terlihat peninjau ISrael aiitu jenis pesawat DRON tampa pemandu.bagi kami ianya adalah normal.disini sempat aku bergambar kenangan belatarkan awan dan asap pesawat peninjau yang sedang belegar...

Jumaat, 11 Oktober 2013

INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 05 OCT 2013 AT ITALY CAMP, SHAMAR NAQURA LABENON.


Pada 05 Oktober 2013 bertempat di ITALI CAMP ( ITALLBAT ) Shamar, Labenon berlangsungnya Satu Acara " International Food Festival" .Acara ini Diadakan untuk memperkenalkan makanan2 dari seluruh pelusuk dunia.Setiap pasukan Dari negara2 asing yang bertugas di bawah Panji-Panji Bangsa bersatu dijemput hadir bagi memeriahkan aktiviti ini.Antara negara2 yang terlibat adalah MALAYSIA, INDONESIA ,FRANCE,IRELAND, GHANA,TANZANIA,KOREA,CHINA,CAMBODIA, AUSTRIA, ITALY,INDIA dan banyak lagi.Di kesempatan ini sempat juga bergambar kenangan bersama tentera2 luar dan berkongsi pendapat dan menjalinkan silaturahim.



Bersama Ckpl Nicky dari Tentera Nasional Indonesia ( TNI)

 Bersama teman2 dari Negara Indonesia

 Bersama tentera Ghana

 Bersama Tentera Korea 

Bersama rakan sekampung

 Bersama pegawai kanan tentera Ireland

Gadis2 Tentera Italy

Selasa, 1 Oktober 2013

Lagenda Pulau langkawi negeri Kedah

Legenda -Gunung Mat Cincang !


Gunung mat cincang adalah satu gunung yang terletak berhampiran dengan Pulau lagenda Langkawi....kedudukannya adalah berhampiran dengan sempadan Thailand. 

 

Menurut cerita dari masyarakat tempatan gunung ini di namakan sedemikian rupa kerana bentuk gunungnya yang seolah-olah dicincang-cincang. 

Pada pengamatan saya pula gunung ini adalah serupa dengan sebuah pulau yang terletak di mersing Johor iaitu Pulau Tioman(salah satu daripada 7 pulau yang tercantik di dunia.

Ia ada kaitan dengan salah satu ilmu pertapaan orang-orang melayu beragama hindu pada masa dahulu. Ilmu ini akan menjadikan mereka akan bertukar daripada manusia kepada seekor naga. 

Pada masa dahulu ada 5 orang yang menuntut ilmu tersebut.Salah seorang ialah yang terletak di kawasan ini iaitu Mat Cincang. Mat cincang adalah seorang yang suka mengganggu saudara-saudara seperguruan yang lain. 
Ia telah lebih awal keluar dari pertapaan menunjukkan kekuatan dirinya.

Kepergiannya dari kawasan pertapaan yang terletak di Indonesia itu dengan tujuan berlawan dengan salah satu saudaranya yang bertapa di Siam. 

Tiba di kawasan langkawi dengan bala tenteranya yang terdiri daripada buaya-buaya putih ...diikuti dengan halilintar telah menggangu keharmonian kehidupan disekitar Pulau Langkawi. 

Pada masa itu Pulau Langkawi adalah dijagai oleh oleh 7 pahlawan dari tujuh benua....semuanya adalah para wali allah...telah menyekat kemaraan sang mat cincang dengan sang siam dari berlawan...

Dengan menggunakan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah itu maka berhentilah pergerakkan kedua-dua naga tersebut daripada berlawan...kalau diperhatikan kepala gunung mat cincang dengan kepala sang siam ia seakan-akan bertemu...cuma perbezaan fizikalnya sahaja yang berbeza.

Sang Siam bentuknya adalah lebih kecil berbanding dengan sang Mat cincang. 

Kalau diikutkan cerita ini ...orang-orang melayu memang mempunyai kekuatan yang tersendiri...bagi menubuhkan sebuah negeri.

Naga adalah kepercayaan orang-orang cina dan oarang-orang jepun...pada hal asal usul naga ini adalah terletak di tanah melayu...kalau lah kita boleh melihat ia semasa dia bergerak alangkah takutnya kita...sebesar itu seekor naga...dengan mengeluarkan api dari mulutnya yang boleh memusnahkan alam sekitar yang diduduki oleh manusia sekitar.

Walaubagimanapun roh mereka itu telah dikeluarkan...dan menjadi manusia biasa dan telah di islamkan...mereka sekarang adalah manusia biasa yang berpegang kepada ajaran islam....siapa mereka saya tidak tahu...tapi hiduplah mereka pada masa sekarang menjalankan kehidupan seperti manusia biasa....Tanda mereka keluar bersama-sama dengan 6 pahlawan islam ''...di saksikan oleh saya dan beberapa rakan saya ....siapa yang menjalankan kerja ini adalah satu rahsia dalam perjalanan hidup saya...seorang hamba allah.

Banjir besar yang berlaku di negeri Kedah pada tahun 2007 adalah tanda mereka keluar bersama-sama hikmat ilmu yang dipegangnya...auzubilahiminazait....alam juga bergoncang dengan hikmat ilmu allah yang dimiliki oleh para wali allah ini...tinggalah jasad si mat cincang yang ada pada masa sekarang di kenali sebagai Gunung Mat Cincang, Pulau Langkawi...satu kereta kabel telah diletakkan di tengah-tengah badan nya bagi pelancong melihat sekitar Pulau Langkawi...ia juga telah di isytiharkan sebagai geo park... 

Jasad Sang Mat Cincang di tinggalkan menjadi satu lagenda di dalam kehidupan pada masa akan datang..