Isnin, 14 November 2011

Wedding Teluk Tempoyak Penang Ke Sungai Petani kedah

 Wedding Teluk Tempoyak Penang Pada Jam 09:00am
Wedding Sungai Petani 12:00pm



Alhamdulilah Dimana ada kemahuan disitulah rezeki menanti.tk cukup tangan dibuatnya ..pada 13 Nov 2011 yang lalu saya terpaksa mengerah keringat di tengah panas terik untuk menyelesaikan 2x wedding dalam hari yang sama.Fuh..berpeluh juga kan..tapi alhamdulilah semuanya berjalan lancar walaupon agak keletihan.Anak2 Murid pulak sibuk tk sempat nak bagi bantuan.terpaksalah saya menyolokan diri menyelesaikan.apa2 masih bersusun lagi wedding menanti.Berkat sokongan dari kawan2..anak2 Murid saya.Rezeki makin bertambah.Itulah yang dikatakan setiap tomahan kita terima dengan kesabaran.pasti bebaloi....amin

Sabtu, 29 Oktober 2011

Pancing



Kaki Pancing...Agak Sinonim kepada org yang mempunyai hobi memancing...aku pon kadang2 terfikir juga macam mana nikmatnya memancing..kadang2 tu sampai sampai sanggup habis beribu2 untuk kelengkapan memancing tu..kadang2 sampai 2-3 hari tk balik rumah..Jadi aku pon cuba la berjinak2 tgk macam mana..rupanya nikmat memancing teletak pada tarikan umpan..berlawan dengan ikan untuk menaikkannya..lepas itu ianya menjadi satu kepuasan kalau dapat ikan..sudah seminggu lebih dah aku demam oleh sebab pukulan memancing ni..sekarang baru aku tahu nikmatnya...secara tk langsung aku pon leh gak shoot pic2 org memancing..hehehe...apa2 pun ceritanya ikutilah blog ini..

Khamis, 13 Oktober 2011

Penyerahan Cenderamata Penghargaan Dari Streets Photographer` Team Kepada Wakil Sunway Hotel Goegertown

Pada 11 October 2011 yang lepas Saya dan play boyer selaku wakil dari Team Street Photographer` Team sempat meluangkan masa untuk Ke Sunway Hotel Goegertown bagi menyerahkan Cenderamata Team ini kepada Wakil dari Hotel Sunway di bilik mensyuarat mereka.Kedatangan Kami Disambut Dengan Senyuman dan layanan yang baik.Kepada Pihak Hotel Sunway Goegertown saya Mewakili STREET PHOTOGRAPHER` TEAM mengucapkan ribuan terima kasih yang tk terhingga kerana menaruh kepecayaan kepada kami untuk menjalankan tugas yang diberikan.Kami disini akan sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi.akhir sekali saya dan streets photographer mencucapkan Selamat berjaya dan terima kasih kepada semua staff Sunway Hotel kerana layanan anda semua kepada kami...sekian terima kasih

Rabu, 28 September 2011

Majlis Hari Raya Kelab Gymnasium Rakyat S.P.U


24 september 2011. Selepas shoot staff Party Sunway Hotel.hari sabtunya pula aku terlibat untuk satu majlis Hari Raya Anjura Kelab Gymnasium Rakyat Seberang Perai Utara (S.P.U) pula.Dengan Keadaan yang kurang bermaya aku tetap Shoot.Rezeki Jangan Ditolak.Aku kuatkan Kudrat untuk shoot juga.Anak2 didik aku dah keletihan untuk membantu,jadi terpaksalah aku shoot sorang2.Majlis tamat 12mlm.bila balik aku terus tido sampai puas,Sebab esoknya aku perlu Begerak Ke Air Tawar di Daerah Manjung.Dalam mata Kuyu2...sampai juga aku untuk menguruskan kerja aku.Bila siap kerja ni aku akan Puas.Nampaknya rezeki semakin melimpah.Tapi aku tidak sesekali akan lupa asal Usul aku.Setiap langkah aku melangkah sudah pastinya STREETS PHOTOGRAHER`TEAM akan aku bawa mengiringi aku.Kerana Aku akan terus berkarya selagi aku termampu dan aku akan terus menjadi jurugambar seabadinya....

MARDY GRASH SUNWAY HOTEL GOEGERTOWN

23 September 2011 Anak2 didik Aku telah menimba pengalaman yang amat berharga untuk merasai suasana sebenar ketika dalam majlis rasmi.Selama ini pendedahan dan tunjuk ajar yang aku berikan telah di praktikan dan di gunapakai semasa majlis ini.Aku sendiri Berpuas hati dengan hasil yang di tunjukan mereka.Kerana mereka tidak lupa apa yang telah aku ajar mereka selama ini.Mereka ini telah di pilih secara rawak untuk merasai suasana sebenar.Mereka terdiri dari Boyer@photo (senior) , Raihana@photo , Iema@kamarina , Abd Aziz
       Pada Gm & HR Hotel Sunway Goegertown Ribuan terima kasih kepada Kwan min minh , Zureen , Livia Richard , Kirti Sharma & staf yang terlibat kerana masih memberi kepercayaan kepada aku dan STREET PHOTOGRAPHER` TEAM untuk menlaksanakan tugas ini.Ini bukanlah kali pertama aku bersama Sunway Hotel. ini adalah tahun Kedua anda Warga Sunway Hotel Goegertown memilih aku bersama Team aku yang baru ditubuhkan.Dengan ini kami menepis segala tomahan dan sindiran dari sesetengah pihak yang banyak membakar semangat kami.Alhamdulilah Kami sentiasa akan melangkah dan terus melangkah.Aku disini akan berganding tangan bersama Team ini untuk melangkah Sehingga tiba penghujung Seni kami...

(gambar2 boleh di lihat di ruangan aktiviti)

Isnin, 19 September 2011

Outin Bukit Larut Pada 18 September 2011


Alhamdulilah Selesai sudah aktiviti Outing Bukit Larut kami pada 18 september 2011 yang lepas.Outing kali ini desertai oleh 9 orang yang terdiri daripada Mohd Fadzil , Raihana , Iema Kamarina , Abd Aziz , Mohd Syamil , Farah Farhana dan dua orang ahli baru kami iaitu Shahminan Shahrom & Zuraida.Walaupon mengalami sedikit Kelewatan kerana hujan Lebat.Kami berjaya juga sampai Di puncak Bukit Larut Pada Jam 9:30 pagi (Waktu Malaysia) .Dalam perjalanan kami ini sentiasa Kecoh Dengan Suara Iema Kamarina.Di awal pendakian kami dengan mengunakan Land Rover suara Iema tk henti2 Bercakap.Selang 5 minit perjalanan Semua terdiam.Bukan apa.semua masing Mabuk kerana Jalan yang bengkang bengkok dan terlalu mencabar.Pejalanan Untuk sampai Ke puncak memakan masa lebih dari 1 jam.Saya & Mohd Fadzil Aizam Memang sudah merancang untuk membuat aktiviti2 yang mencabar kepada mereka2 yang ingin mempelajari seni fotografi ini.Kerana Untuk Mencipta seni ini anda memerlukan segalanya termasuk Kekuatan akal dan Fizikal.Supaya dalam apa keadaan sekalipon kita tetap boleh menghasilkan yang terbaik.Dan jadilah yang terbaik dari pada yang terbaik.

Semua gambar aktiviti semasa outing di Bukit Larut Boleh di lihat pada Halaman "Aktiviti"

Rabu, 14 September 2011

Sesi Memberi Tunjuk Ajar Pada Crew2 Street Photographer Team.


Alhamdulilah Sesi Memberi tuisyen Pada crew2 Street Photografer` Team pada 13/9/2011 berjalan lancar.Tuisyen kali ini banyak memberi Pendedahan Kepada Mereka tentang Setting Camera,Bacaan cuaca,Shutter Speed dan cara membina angle.Masing2 dapat menerima tanpa sebarang masalah.Sesi Tuisyen kali ini bermula seawal jam 6petang dan berakhir jam 730ptg.Walau dalam keadaan Berjerubu.tapi bagi seorang jurufoto ianya bukanlah satu masaalah.Ini dapat memberi pendedahan dalam keadaan sebenar bagaimana untuk mengawal peralatan untuk menghasilkan sebuah foto yang menarik.Pada jam 8 malam pula mereka didedahkan dengan cara2 Editing.Editing kali ini adalah bagi memperbaiki foto2 yang di anggap rosak supaya ianya boleh di gunapakai kembali.Pada crew2 street Photographer saya berbanga kerana anda semua menumpukan sepenuh perhatian & kemahiran anda sudah semakin meningkat.Potensi anda untuk menjadi baik dari yang terbaik amat jelas.Teruskan usaha anda.
crew2 yang yang menyertai Tuisyen semalam ialah Raihana , Iema Kamarina ,Play Boyer ,Apit & Mohd Shazwan. Foto2 semasa tuisyen boleh di lihat di ruangan Aktiviti kami.