Isnin, 19 September 2011

Outin Bukit Larut Pada 18 September 2011


Alhamdulilah Selesai sudah aktiviti Outing Bukit Larut kami pada 18 september 2011 yang lepas.Outing kali ini desertai oleh 9 orang yang terdiri daripada Mohd Fadzil , Raihana , Iema Kamarina , Abd Aziz , Mohd Syamil , Farah Farhana dan dua orang ahli baru kami iaitu Shahminan Shahrom & Zuraida.Walaupon mengalami sedikit Kelewatan kerana hujan Lebat.Kami berjaya juga sampai Di puncak Bukit Larut Pada Jam 9:30 pagi (Waktu Malaysia) .Dalam perjalanan kami ini sentiasa Kecoh Dengan Suara Iema Kamarina.Di awal pendakian kami dengan mengunakan Land Rover suara Iema tk henti2 Bercakap.Selang 5 minit perjalanan Semua terdiam.Bukan apa.semua masing Mabuk kerana Jalan yang bengkang bengkok dan terlalu mencabar.Pejalanan Untuk sampai Ke puncak memakan masa lebih dari 1 jam.Saya & Mohd Fadzil Aizam Memang sudah merancang untuk membuat aktiviti2 yang mencabar kepada mereka2 yang ingin mempelajari seni fotografi ini.Kerana Untuk Mencipta seni ini anda memerlukan segalanya termasuk Kekuatan akal dan Fizikal.Supaya dalam apa keadaan sekalipon kita tetap boleh menghasilkan yang terbaik.Dan jadilah yang terbaik dari pada yang terbaik.

Semua gambar aktiviti semasa outing di Bukit Larut Boleh di lihat pada Halaman "Aktiviti"

Rabu, 14 September 2011

Sesi Memberi Tunjuk Ajar Pada Crew2 Street Photographer Team.


Alhamdulilah Sesi Memberi tuisyen Pada crew2 Street Photografer` Team pada 13/9/2011 berjalan lancar.Tuisyen kali ini banyak memberi Pendedahan Kepada Mereka tentang Setting Camera,Bacaan cuaca,Shutter Speed dan cara membina angle.Masing2 dapat menerima tanpa sebarang masalah.Sesi Tuisyen kali ini bermula seawal jam 6petang dan berakhir jam 730ptg.Walau dalam keadaan Berjerubu.tapi bagi seorang jurufoto ianya bukanlah satu masaalah.Ini dapat memberi pendedahan dalam keadaan sebenar bagaimana untuk mengawal peralatan untuk menghasilkan sebuah foto yang menarik.Pada jam 8 malam pula mereka didedahkan dengan cara2 Editing.Editing kali ini adalah bagi memperbaiki foto2 yang di anggap rosak supaya ianya boleh di gunapakai kembali.Pada crew2 street Photographer saya berbanga kerana anda semua menumpukan sepenuh perhatian & kemahiran anda sudah semakin meningkat.Potensi anda untuk menjadi baik dari yang terbaik amat jelas.Teruskan usaha anda.
crew2 yang yang menyertai Tuisyen semalam ialah Raihana , Iema Kamarina ,Play Boyer ,Apit & Mohd Shazwan. Foto2 semasa tuisyen boleh di lihat di ruangan Aktiviti kami.

Selasa, 6 September 2011

Episod Seram Selepas Ramadhan

Asalamualaikom Berjumpa lagi kita selepas penat Menyambut Ramdhan pada tahun ni.Pertama sekali yang kita tahu..Poket semakin susut..sanak saudara dah masing2 pulang ke kampung...kita pon sambunglah dengan rutin kerja kita seharian.Tp kan..masih ada lagi majlis rumah terbuka.Saya pon tk ketinggalan dijemput..TIme rumah terbuka hari tu telah dianjurkan oleh Puteh Mutiara di Bandar Bharu..kami apa lagi la serbu..lepas makan.malam tu terfikir nak create satu suasana seram...so dapat la shoot....tapi sesekali tgk menarik gak..pada yang hadir malam tu semua ahli2 & admin Street photographer` Team terdiri dari Korie Tai long, Cik Lea , Play Boya, Abd Aziz , Mohd Shamil, Iema kamarina , raihana & saya sendiri.hehe puteh mutiara memang tk pegi la..sebab umah dia...apa2 pon team ni sentiasa happy..seronok..dan malam tu dapat saya luangkan masa 2 jam lebih untuk memberi sedikit tips mencipta suasana Seram..
pada yang berminat untuk menyertai team ini..kami akan menganjurkan outing pada 18 sept nanti..tunggulah kami akan umumkan..apa2 pon pada semua pelayar ...harap anda semua begembiraaa..............

Sabtu, 3 September 2011

Air Mata Di Pagi Shawal

Dipagi Shawal yang sunyi..begema suara takbir 1 shawal..aku bangun persiapkan diri..dengan linangan air mata yang sebak..tampa sepatah bicara..aku menghulurkan tanganku memohon ampun dan doa restu dari bonda tercinta.Dengan linangan air mata..aku berjalan untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.Walaupun Tahun ini amat menggembirakan aku.Tapi linangan air mata aku tidak mampu ku tahan.
Selesai sahaja Solat..aku bergegas pulang kerumah dengan hati yang sedikit tenteram..aku cakapi apa sahaja peralatan.Bertemankan anak-anak aku "Putera & "Puteri" dan anak2 saudara aku, aku terus memandu terus menuju kepusara.Apabila sampai sahaja di pagar Kawasan Pusara air mata ini sudah tidak mampu untuk ditahan bah kan dari jauh Terpandang Nesan Berbatu Mar-mar Hitam kearah dua pusara dihadapan aku.Itulah Pusara Kedanda & ayahdaku yang aku sayang.Permergianya banyak meninggalkan keinsafan dalam diriku.
Masih aku ingat dahulu.Akulah anak Emas yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahda tersayang.Apa sahaja kehendaku pasti akan dipenuhi.Mintalah apa sahaja pastinya akan dipenuhinya.kata2 terakhir aku ingat terpancul dari mulutnya seminggu sebelum pemergiannya,ketika aku bersamanya sedang membaiki reban ayam " Ayah dah nak pegi..hampa semua belajaQ la elok2..ada rezeki lebih, jaga mak elok2" itu yang aku masih ingat sampai hari ini..arwah meminta kami semua belajar berdikari...sehinggkan anak2 ku Putera & Puteri selepas saja membaca al-fatihah terus memeluk batu nesan Arwah ayahdaku sambil berkata "adik sayang Tok wan" Jika arwah ayahdaku masih ada pasti dia akan tersenyum gembira melihat zuriatku dari keturunanya masih menghargainya.
Buat Kekandaku Yang pulang Keramatullah Pada november 2009.Aku juga masih mengingatti kata2 terakhirnya.."aku nak tengok hang senang.Aku nak hang pakai kereta elok sikit,buleh bawa aku jalan2 pusing kampung" Alhamdulilah segala permintaanya sempat aku tunaikan.Hanya 3 hari selepas aku tunaikan.Aku menerima panggilan dari abag iparku..Kekandaku telah pergi untuk selamanya..Sekarang aku hanya menumpukan Perhatian pada Keluarga aku dan Juga Bondaku.Dipagi Syahwal yang mulia ini tersentak hati aku Melihat Bondaku Menghadiahkan Sepasang Anting-anting pusaka pemberian Arwah Ayahdaku kepada Bonda dahulu untuk Dipakai oleh Puteriku.Aku terkedu tk mampu berkata apa2..Bondaku mahu Puteriku Mewarisi Kesetiaan,kasih sayang & kejujuran yang ada padanya kepada puteri kecilku.Tapi memang betul Sejak Permergian Ayahda tersayang..Bonda telah menutup hatinya.Kerana kasihsayang pada arwah ayahdaku masih menebal.Itulah yang aku namakan CInta agung.Harapanku agar Puteriku Mewarisinya seperti Bondaku.Disini marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah pada Arwah Ayahdaku (Ahmad Bin Khamis / 1985) & arwah kekandaku (Sa`adon bin Ahmad / 2009) alfatihah..! Di kesempatan ini Aku dan juga seluruh Street Photographer` Team mengucapkan selamat hari raya maaf Zahir dan batin pada semua pelayar2 blog ini


Isnin, 22 Ogos 2011

Hot FM

Hot FM: Lebih Hangat Daripada Biasa

Salam AidilFitri Dari Kami Crew-Crew Street Photographer` Team



Salam Aidilfitri Dari Kami Semua Crew-Crew Street Photographer` Team .Jika Andai kata terkasar bahasa,termakan Minum selama kita bersama...Sepuluh Jari kami susun Memohon maaf dari kami.Semoga Kejayaan dan Kebahagiaan Milik Kita bersama.Amin...

Ahad, 7 Ogos 2011

Street Photographer` Team

Alhamdulilah Cita2 untuk saya menubuhkan Team Sendiri telah termakbul.Team kami mempunyai 10 orang yang menjadi nadi dan tulang belakang team ini termasuk saya sendiri.Kami Kini Begerak Aktiv untuk outing2 dan sedia memberikan tunjuk ajar pada sesiapa saja tampa mengira umur.Setiap Pelajaran yang di ajar kami tidak mengenakan sebarang bayaran.Selagi kudrat termampu..selagi badan terus dikandung nyawa kami akan terus mencurahkan ilmu kami tampa mengharapkan balasan.,inilah ka "STREET PHOTOGRAPHER ` TEAM"


Dalam gambar

Abd Aziz, Ahmah Syamil , Iema , hanim ( Mutiara Photo),

Cik Lea & Abe ( Boyer Photo )




Tiada dalam gambar

Man@streetshoot , Mohd Fadzil Aizam (Eldiair) , Shazwan (mamu)