Sabtu, 3 September 2011

Air Mata Di Pagi Shawal

Dipagi Shawal yang sunyi..begema suara takbir 1 shawal..aku bangun persiapkan diri..dengan linangan air mata yang sebak..tampa sepatah bicara..aku menghulurkan tanganku memohon ampun dan doa restu dari bonda tercinta.Dengan linangan air mata..aku berjalan untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.Walaupun Tahun ini amat menggembirakan aku.Tapi linangan air mata aku tidak mampu ku tahan.
Selesai sahaja Solat..aku bergegas pulang kerumah dengan hati yang sedikit tenteram..aku cakapi apa sahaja peralatan.Bertemankan anak-anak aku "Putera & "Puteri" dan anak2 saudara aku, aku terus memandu terus menuju kepusara.Apabila sampai sahaja di pagar Kawasan Pusara air mata ini sudah tidak mampu untuk ditahan bah kan dari jauh Terpandang Nesan Berbatu Mar-mar Hitam kearah dua pusara dihadapan aku.Itulah Pusara Kedanda & ayahdaku yang aku sayang.Permergianya banyak meninggalkan keinsafan dalam diriku.
Masih aku ingat dahulu.Akulah anak Emas yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahda tersayang.Apa sahaja kehendaku pasti akan dipenuhi.Mintalah apa sahaja pastinya akan dipenuhinya.kata2 terakhir aku ingat terpancul dari mulutnya seminggu sebelum pemergiannya,ketika aku bersamanya sedang membaiki reban ayam " Ayah dah nak pegi..hampa semua belajaQ la elok2..ada rezeki lebih, jaga mak elok2" itu yang aku masih ingat sampai hari ini..arwah meminta kami semua belajar berdikari...sehinggkan anak2 ku Putera & Puteri selepas saja membaca al-fatihah terus memeluk batu nesan Arwah ayahdaku sambil berkata "adik sayang Tok wan" Jika arwah ayahdaku masih ada pasti dia akan tersenyum gembira melihat zuriatku dari keturunanya masih menghargainya.
Buat Kekandaku Yang pulang Keramatullah Pada november 2009.Aku juga masih mengingatti kata2 terakhirnya.."aku nak tengok hang senang.Aku nak hang pakai kereta elok sikit,buleh bawa aku jalan2 pusing kampung" Alhamdulilah segala permintaanya sempat aku tunaikan.Hanya 3 hari selepas aku tunaikan.Aku menerima panggilan dari abag iparku..Kekandaku telah pergi untuk selamanya..Sekarang aku hanya menumpukan Perhatian pada Keluarga aku dan Juga Bondaku.Dipagi Syahwal yang mulia ini tersentak hati aku Melihat Bondaku Menghadiahkan Sepasang Anting-anting pusaka pemberian Arwah Ayahdaku kepada Bonda dahulu untuk Dipakai oleh Puteriku.Aku terkedu tk mampu berkata apa2..Bondaku mahu Puteriku Mewarisi Kesetiaan,kasih sayang & kejujuran yang ada padanya kepada puteri kecilku.Tapi memang betul Sejak Permergian Ayahda tersayang..Bonda telah menutup hatinya.Kerana kasihsayang pada arwah ayahdaku masih menebal.Itulah yang aku namakan CInta agung.Harapanku agar Puteriku Mewarisinya seperti Bondaku.Disini marilah kita sama2 sedekahkan al-fatihah pada Arwah Ayahdaku (Ahmad Bin Khamis / 1985) & arwah kekandaku (Sa`adon bin Ahmad / 2009) alfatihah..! Di kesempatan ini Aku dan juga seluruh Street Photographer` Team mengucapkan selamat hari raya maaf Zahir dan batin pada semua pelayar2 blog ini


Isnin, 22 Ogos 2011

Hot FM

Hot FM: Lebih Hangat Daripada Biasa

Salam AidilFitri Dari Kami Crew-Crew Street Photographer` Team



Salam Aidilfitri Dari Kami Semua Crew-Crew Street Photographer` Team .Jika Andai kata terkasar bahasa,termakan Minum selama kita bersama...Sepuluh Jari kami susun Memohon maaf dari kami.Semoga Kejayaan dan Kebahagiaan Milik Kita bersama.Amin...

Ahad, 7 Ogos 2011

Street Photographer` Team

Alhamdulilah Cita2 untuk saya menubuhkan Team Sendiri telah termakbul.Team kami mempunyai 10 orang yang menjadi nadi dan tulang belakang team ini termasuk saya sendiri.Kami Kini Begerak Aktiv untuk outing2 dan sedia memberikan tunjuk ajar pada sesiapa saja tampa mengira umur.Setiap Pelajaran yang di ajar kami tidak mengenakan sebarang bayaran.Selagi kudrat termampu..selagi badan terus dikandung nyawa kami akan terus mencurahkan ilmu kami tampa mengharapkan balasan.,inilah ka "STREET PHOTOGRAPHER ` TEAM"


Dalam gambar

Abd Aziz, Ahmah Syamil , Iema , hanim ( Mutiara Photo),

Cik Lea & Abe ( Boyer Photo )




Tiada dalam gambar

Man@streetshoot , Mohd Fadzil Aizam (Eldiair) , Shazwan (mamu)






Isnin, 18 Julai 2011

Streets Shoot Bersama "Team Streets Photographer"




Asalamualaikom dan salam sejahtera pada semua pelayar Blog ini...kat sini ada lagi satu cerita menarik..hehe..sabar..sabar dulu....pada yang ingin menyertai streets Shoot Bersama team kami..boleh datang pada
tarikh : 30 July 2011
tempat : Padang kota lama (hadapan mahkamah)
waktu Outing : 1030am-130tghari // 3ptg model shoot 3:oo-6.00 ptg

Untuk pengetahuan semua makan ada disediakan.Tiada sebarang bayaran akan dikenanan.Outing kali ini adalah untuk mengumpulkan peminat2 fotografi disamping dapat menjalinkan silaturahim bersua kenal dan bertukar2 pendapat.kami juga ada menjual Tshirt streets Photo.pada yang berminat bolehlah menghubungi
streets Photografer(manPhotostudio) -017-5259891
azlan yusuf (AY)- 017-5289843
mohd fadzil (ELDeAir) - 012-4626693
abe -(Boyer Photograpfer) 019-9060810
hanim (Mutiara Photographer)- 012-4476156








Sabtu, 2 Julai 2011

Bukit Larut Outing

Salam Sejahtera pada semua pelayar.Munkin terlalu sibuk Blog pon tk sempat di Update.Pada semua baru2 ini pada 1 July 2011 kami telah mengadakan Satu Outing Menjelajah Air terjun Bukit Larut Taiping.ianya Outing Biasa sahaja bagi menguji ketahanan fizikal crew-crew kami yang terlibat.Di dalam outing ini Crew kami yang baru Boyer Photo ( Abe ) & Putih Mutiara (hanim) yang masih baru dalam bidang ini telah menerima tunjuk ajar dari Mohd Fadzil aizam ( Eldeair) & Saiful Bahari bagi memahirkan mereka dalam menciptakan Seni dan Skill mereka sendiri.Kami sebagai ahli2 yang lama dalam team ini amat mengagumi kebolehan mereka kerana dalam masa singkat mereka dapat menguasai keadaan.Walau dalam keadaan keletihan.Tapi tiada rungutan.Insyalah kami akan Mengadakan Outing terbuka Untuk Semua yang ingin berkongsi Ilmu bersama kami , diman kami akan menganjurkan outing di masa akan datang.Untuk outing kali ini kami ditaja Oleh saudari Sue (TDV/Tri Dinamic Venture).Ribuan terima kasih di Ucapkan pada semua yang terlibat. Untuk Melihat gambar2 sila click ruangan aktiviti


Sabtu, 25 Jun 2011

MAJLIS PROMOSI DURIAN MALAYSIA DI HOTEL NAZA

BERGAMBAR KENANGAN Dato Hj Muhamad Yusuf Bin Wazir sempat meluangkan masa bergambar kenangan bersama-sama kakitangan hotel dan En. Rahmat Ariffin Wakil dari TDV ( Try Dinamic Venture SDN BHD ) sempena majlis memperkenalkan Buah durian Cap tangan Kepada pelancung2.Sesiapa sahaja yang ingin merasai durian dari berbagai jenis bolehlah datang ke NAZA hotel Goegertown.Promosi belansung selama 1 bulan bermula awal july sehingga akhir july 2011


Untuk Melihat Gambar2 Aktiviti Boleh Click Di bahagian Aktiviti Semasa.