Khamis, 28 Mei 2015

REST TIME..NOT RESIGN


TIME BREAK..!!

Adoyaiii....letih sungguh sekarang busy tahap gaban..tapi apa2 pon hati aku enjoy..
untuk gantung Kamera tu rasanya belom lagi..cuma rehat sebentar je pon..nak tenangkan fikiran..layan moto pulak..
Bila tiba time boring..aku ride dari PERLIS ke JOHOR..layan je tak der kaco sapa..
PAhit jerit duka aku tanggung..hati luka semua aku telan umpama telan madu je..
sejak putus tunang aku betul2 dah tutup pintu hati aku...aku malaih layan pompuan..
sebab aku bukan lelaki bodoh..aku punya maruah diri..yang tak der maruah diri je sanggup buat macam tu...
tapi dalam dok tutup pintu hati ni..terbuka pula kat satu org ni...perwatakan memang kasar sket la...tapi comei gak...mula aku juai mahai..tp...tah bila GST dikuatkuasa..bukan aja GST...aku bagi diskaun 90%...pulok..!!
tapi masa ni aku sangat2 enjoy ngan dia..banyak bagi semangat..perangsang...aku betoi2 sayang dia...tak kan aku jumpa insan macam dia...err....aku tk leh upload pic dia kat sini..kang bute ja kena belasah



SINGLE RIDERS 
 PERLIS CONVOI
 ALOHA
 MY NAME IS MAN
 NEW VERSION
 ANYBODY KNOW..WHERE IS MY BIKE??
 CRAZY LOL!!
 AYOO APEKK
INDERA KAYANGAN FOOTBALL STADIUM

 DONT THINK ABOUT THAT
ALL CRAZY

Jumaat, 26 Disember 2014

KEMBARADUGA BERMOTOSIKAL RSD 2014

 Alhamdulilah pada 22 december 2014 bermula expidisi bermotosikal anjuran 2 Rejimen Semboyan diraja di lancarkan.dalam keadaan hujan sebanyak 170 anggota bersama 100 motosikal meredah hujan menuju ke distinasi pertama ke Baling kedah.Walaupun dalam keadaan hujan lebat..moral dan ketahanan mental teruji dengan cuaca sejuk..angin kuat dan hujan lebat..alhamdulilah perjalanan kami selamat tiba ke kawasan2 sejarah.dan penamat di GRIK kedah.
keesokkannya kami meneruskan ke sekolah di baling yang enjadi saksi perjanjian ketua komunis malaya Chin Peng dan tengku Abd rahman.selepas itu kami meneruskan perjalanan ke kampung bonggol saga di kupang untuk membantu penduduk membina surau dan lain2..kami disambut dengan tepukan..air mata oleh penduduk..ini keranan banyak projek yang terbengkalai berjaya kami selesaikan.keesokkannya kami ke sauk jenalik untuk membantu penduduk disana dan melawat tempat tregedi berdarah al maunah.selesai sahaja..kami berangkat pulang dalam hujan masih lebat..amin semua berjaya sampai ke distanasi dengan selamat





 bersama best friend

 bergambar kenangan bersama guru2 dan kakitangan sekolah Tengku Putra yang
menjadi sakssi perjanjian dia antara ketua komunis malaya

bersama penduduk kampung bonggor saga

Isnin, 21 April 2014

Dalam diam aku sangka aku hanya seorang jurufoto yang mengecapi kejayaan hanya diluar ...bukannya dari dalam Perhikmatan aku..tapi bila aja pulang dari Lubnan..herm aku pula ditugaskan untuk menjadi jurugambar.kekadang kedudukan aku tergugat juga kerna MAB juga perlukan aku.buat masa ini alhamdulilah..masih berjalan dengan lancar penugasan aku.kat sini aku bukan nak cerita apa2..cuma aku nak ceritakan bekenaan seseorang,Budak ni orang baru dalam alam ketenteraan..aku pon hairan Lens aku tak kan terlepas mendapatkan shoot muka dia..dia ni macam seolah mempunyai sesuatu yang unik bagi aku..(berdasarkan pengalaman)banyak kelainan.Cuma sebagai seorang Leader aku harus nampak tegas.Ramai anak2 buah aku mahupun lelaki tak berani sangat dengan aku.kerna aku jarang senyum..biarlah aku simpan sifat aku tu..Konon2 seorang yang tegas..Diorang tak tahu aku ni kuat mengusik.tapi dengan Mahluk tuhan yang bernama HALIZAH ni aku hampir kantoi..dia macam dah boleh baca perangai aku sebenar..dia pun kuat menyakat aku..macam dia tau je cara aku..tapi tk de apa2lah aku suka cara dia..insyaalah satu hari nanti aku akan bawa dia ke alam fotografi ini jika berkesempatan.aku memang suka cara dia,percakapan,senyuman dia..sebab tu aku selalu sakat dia...harap dia tk baca blog aku ni..hehe..dibawah beberapa shoot curi2 yang aku upload...




Isnin, 31 Mac 2014


BILA SRIKANDI BERAKSI


 Walaupun panas terik sempat lagi bagi pose

 aksi menembak dalam kubu..habis siku calar2



Aktiviti masa terluang

Isnin, 10 Mac 2014

TRAGEDI PESAWAT MH 370 MALAYSIA AIRLINES PADA 8hb Mac 2014...

(FOTO2 CREW PESAWAT)


Pada tarikh 8hb Mac 2014...
Menurut berita yang di tulis di laman Utusan dan Berita Harian online, pesawat telah berlepas pada 12.41 pagi serta membawa 227 orang penumpang serta 12 orang anak kapal. Selepas itu pesawat terputus hubungan pada 2.40 pagi Malaysia. Tiada tanda kecemasan diterima, itu yang menjadi tandatanya sehingga lewat 24jam kejadian berlaku...Setakat ini senarai krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 seramai 12 anak kapal termasuk Kapten Zaharie Ahmad Shah 53 tahun, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi dan dibantu oleh Pegawai Pertama , Fariq Abd Hamid 27 tahun, yang mula menyertai MAS sejak 7 tahun lalu.

Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, AAndrew Nari,Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chein, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang
Negara2 jiran yang terlibat membantu ialah INDONESIA,SINGAPURA,AUSTRALIA,CHINA,VIETNAM,U.S.A.

Sehingga berita ini aku tulis tiada apa-apa perkembangan berlaku dan masih lagi usaha mencari dan menyelamat dari berbagai negara luar dan dalam negeri .Semuga Allah menerima doa setiap hambanya semuga semua penumpang dan krew pesawat MH370 ini selamat kembali seperti sedia kala dan harapan setiap ahli keluarga serta setiap negara sentiasa mendapat rahmat Allah..

Sabtu, 1 Februari 2014

Hizbulloh Museum At Labenon



Muzium Perang Hizbulloh Di Lubnan

Muzium Penentangan Hizbullah atau Tourist Landmark of the Resistance, kerana ia secara rasmi dikenali, adalah muzium perang terbuka yang dihasilkan oleh organisasi Hezbollah militan Islam untuk memperingati peperangan mereka menentang tentera Israel di dalam dan di sekitar tapak muzium yang di tempatkan hari ini .

Muzium ini terletak di bandar Lubnan Selatan Mlita, 50 kilometer ke utara sempadan Palestin-Lubnan. Mleeta adalah salah satu kawasan yang paling penting dalam penentangan Lubnan. Di antara tahun 1982 hingga 2000, rantau ini telah hangat dipertahankan antara tentera Hizbullah dan tentera Israel, akhirnya membawa kepada pengunduran israel dari Lebanon. Tema pelik taman merangkap propaganda pusat, yang telah dibuka pada tahun 2010, meliputi kira-kira 60,000 meter persegi beralun laluan luar dan kawasan hutan, dan 5,000 meter persegi di dalam bangunan.









Khamis, 30 Januari 2014

Jasaku yang ku tabur Hampir Sampai Di Penghujung



 1996 jun tarikh keramat aku memulakan latihan,pelbagai cabaran aku tempuhi bagi menjadi seorang anggota tentera sebelum selayaknya di gelar tentera. Pelajaran demi pelajaran dan pengalaman aku lalui termasuklah perit lelah aku lalui penuh dengan linangan air mata.Kini aku mula terasa shadu untuk aku menanggalkan seragam hijau ini...hanya seorang manusia yang berani menggadaikan nyawanya untuk agama bangsa dan negara dan hati yang cekal sahaja bisa menyahut cabaran ini.Hari demi hari..masa semakin belalu untuk menjadi seorang awam seperti kebanyakan.Pengalaman aku boleh tak terkata.aku juga pernah bertugas bersama tentera dari BRUNEI ABB (ANGKATAN BERSENJATA BRUNEI) , TNI (TENTERA NASIONAL INDONESIA) AUSTRALIA ..Aku juga pernah bertugas di bawah misi pengaman UNIFILL (PEACE KEEPING IN LUBANON) ..kini aku hanya menumpukan pada perniagaan dan kerjaya aku.untuk teruskan hidup ini.Moga allah sentiasa memberkati aku..biarlah saat2 manis aku bersama ATM (ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ) menjadi kenangan aku..sekarang aku hanya menunggu masa berdetik dengan sendirinya..pada semua doakan aku dan kejayaan bila aku kembali menjadi rakyat kebanyakkan...amin,,




Selasa, 31 Disember 2013

Surabaya  DEC 2013

DECEMBER 2013.setiap tahun aku pastinya tidak akan melepaskan peluang aku ke Surabaya.Sebenarnya aku suka bangat sama Kota Surabaya Yang menyimpan Ilham Untuk aku Adaptasikan disini.Baru2 ini aku sempat melawat perkampungan batik..Kota Majapahit..Waduh kok senang sekali bagi aku mempelajari sejarah Nusantara ini.Hubungan Aku bersama Penduduk Sini amat rapat..bisa berkomunikasi dimana sahaja ..ngak ketinggalan ada yang membawa aku jalan2.membeli belah dah ke majlis kenduri..bagi aku Surabaya tempat menenagkan fikiran kerna aku bisa mengenang saat2 silam zaman kanak2 aku dahulu...Surabaya tunggulah kedatangan aku di 2014 nanti iyaaa k...

DEC 2013



Alhamdulilah selesai juga Job wedding akhir tahun 2013..ucapan selamat tinggal 2013..menyusul ucapan selamat datang 2014.Bersyukur aku kehadrat ilahi kerna masih bernafas bagi meneruskan perjuangan aku memartabatkan seni fotografi ini.Insyaalah tahun ini banyak lagi akan aku pelajari dari pengalaman aku selama dalam tahun 2013.pada semua doakan aku semoga berjaya memartabatkan seni fotografi ini dan kejayaan2 lain menyusul..aminnn

Ahad, 20 Oktober 2013

Sepetang Di Sempadan Israel & Syria

20 Oct 2013, bertempat di kawkaba camp labenon. aku membuat tugas sementara di sebuah Camp tentera yang banyak sejarahnya.Camp ini pernah diduduki oleh tentera malaysia Malcon, dan  Malcoy.sewaktu meninjau keadaan sekeliling aku terlihat peninjau ISrael aiitu jenis pesawat DRON tampa pemandu.bagi kami ianya adalah normal.disini sempat aku bergambar kenangan belatarkan awan dan asap pesawat peninjau yang sedang belegar...

Jumaat, 11 Oktober 2013

INTERNATIONAL FOOD FESTIVAL 05 OCT 2013 AT ITALY CAMP, SHAMAR NAQURA LABENON.


Pada 05 Oktober 2013 bertempat di ITALI CAMP ( ITALLBAT ) Shamar, Labenon berlangsungnya Satu Acara " International Food Festival" .Acara ini Diadakan untuk memperkenalkan makanan2 dari seluruh pelusuk dunia.Setiap pasukan Dari negara2 asing yang bertugas di bawah Panji-Panji Bangsa bersatu dijemput hadir bagi memeriahkan aktiviti ini.Antara negara2 yang terlibat adalah MALAYSIA, INDONESIA ,FRANCE,IRELAND, GHANA,TANZANIA,KOREA,CHINA,CAMBODIA, AUSTRIA, ITALY,INDIA dan banyak lagi.Di kesempatan ini sempat juga bergambar kenangan bersama tentera2 luar dan berkongsi pendapat dan menjalinkan silaturahim.



Bersama Ckpl Nicky dari Tentera Nasional Indonesia ( TNI)

 Bersama teman2 dari Negara Indonesia

 Bersama tentera Ghana

 Bersama Tentera Korea 

Bersama rakan sekampung

 Bersama pegawai kanan tentera Ireland

Gadis2 Tentera Italy